Islam ialah agama kedua terbesar di Asia Selatan, dengan lebih 640 juta orang Islam tinggal di sana, membentuk kira-kira satu pertiga daripada penduduk rantau ini. Islam mula tersebar di sepanjang kawasan pantai di benua kecil India dan Sri Lanka, sebaik sahaja ia bermula di Semenanjung Arab, ketika pedagang Arab berdakwah ke Asia Selatan. Asia Selatan mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, dengan anggaaran kasar satu pertiga daripada Muslim menetap di sini. [1] [2] Islam adalah agama yang dominan di sesetengah negara Asia Selatan (Pakistan, Maldives, Bangladesh dan Afghanistan). Islam adalah agama kedua terbesar di India dan ketiga terbesar di Sri Lanka dan Nepal.
Islam mula bertapak di India di semenanjung barat, di mana merupakan negeri Kerala pada hari ini. Masyarakat Arab berdagang dengan masyarakat Malabar sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sejarah asal mengatakan bahawa sekumpulan sahabat, di bawah Malik Ibn Deenar, tiba di Pantai Malabar dan menyebarkan Islam. Menurut Sejarah tersebut, masjid pertama di India telah dibina atas mandat Raja terakhir Chera Perumals of Makotai, yang memluk agama Islam dan mendapat nama Tajudheen semasa Nabi Muhammad SAW masih hidup (570–632 M.). [3] [4] [5] Pada masa yang sama, orang Tamil Muslim di pantai timur India juga mendakwa mereka telah memeluk Islam semasa hayat Nabi Muhammad SAW. Menurut Qissat Shakarwati Farmad, masjid di Kodungallur, Kollam, Madayi, Barkur, Mangalore, Kasaragod, Kannur, Dharmadam, Panthalayini, dan Chaliyam, dibina semasa era Malik Dinar, dan ia adalah antara Masjid tertua di Benua India. . [6] [7] [8] Mengikut sejarah, Masjid Barwada di Ghogha, Gujerat dibina sebelum 623 Masihi, Masjid Cheraman Juma (629 Masihi) di Methala, Kerala dan Palaiya Jumma Palli (630 Masihi) di Kilakarai, Tamil Nadu adalah tiga daripada masjid terawal di Asia Selatan . [9] [10] [11] [12] [7]
Pencerobohan pertama yang dilakukan oleh gabenor di bawah pemerintahan Khalifah Umar di Bahrain, Usman ibn Abu al-Aas melalui laut, yang menghantar saudaranya Hakam ibn Abu al-Aas untuk menyerbu dan meninjau wilayah Makran [13] terlebih dahulu pada Sekitar 636 Masihi sebelum tentera Arab sampai ke sempadan India melalui darat. Al-Hakim ibn Jabalah al-Abdi, yang telah menyerang Makran pada tahun 649 Masihi merupakan pengikut awal Ali ibn Abu Talib . [14] Semasa zaman pemerintahan Khalifah Ali, kebanyakan penganut Hindu Jats Sindh telah berada di bawah pengaruh Syiah [15] dan sesetengah daripada mereka yang menyertai Pertempuran Unta dan mati berjuang untuk Ali. [14] Mengikut tradisi terdahulu, Islam telah dibawa ke pulau Lakshadweep, yang terletak di sebelah barat Pantai Malabar, oleh Ubaidullah pada 661 Masihi. Selepas zaman kegemilangan Khulafa' Ar-Rasyidin, dinasti politik Islam mula mengambil tampuk pemerintahan. [16] [17]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search